Sunday, June 26, 2011

Lelaki Itu Dan Kisah Aku

Lelaki itu,
Tidak ku tahu mengapa aku jatuh sayang padanya
Tidak kutahu mengapa ku rindu padanya
Dan juga tidak kutahu mengapa aku sentiasa tegar walaupun dia yang melukakanku
Bukan sekali,
Bukan dua kali,
Malah kali ke-empat dia menolakku..
Membuang dan menolakku bagai bola

Tuhan,adakah aku satu permainan?
Tidak,aku tahu aku punya nyawa
Aku tahu aku punya perasaan
Aku tahu aku punya hati
Aku tahu aku punya harga diri
Dan jua aku tahu apa itu erti sebuah kehidupan

Hidup ini,tidak perlu mempermainkan
Hidup ini,tidak perlu menyakitkan insan yang kamu mahu jaga
Kerana aku,
Tetap tegar berpegang pada janji itu
Janji yang disemat pada hari pertama ku nampak kamu
Janji yang mungkin memakan diri pada pandangan mata rakan-rakanku
Janji yang aku tetap berdegil mahu tunaikan di saat sahabat-sahabatku menangis melihat aku begitu

Mengapa?
Aku tidak tahu juga
Tapi satu yang aku tahu,
Aku sayang kamu
Aku sayang kamu
Aku amat sayang kamu
Amat menyayangi dirimu
Andai kata aku bukan untukmu...aku tetap mahu menjagamu dengan baik

Kerana aku sayang kamu
Kerana kamu teman yang aku rindu
Kerana hatiku tetap berdegil mahu menjagamu
Kerana kamu amat istimewa bagi diriku

Benar,aku tidak punya apa-apa
Hanya seorang gadis biasa yang sentiasa tumpah air matanya
Kerana lelaki itu
Kerana dia tegar untuk berpegang pada apa yang hatinya mahu
Kerana dia sayang lelaki itu
Kerana lelaki itu yang dia rindu
Yang dia rindu sesungguh hati pilunya
Yang datang dalam mimpinya hanya lelaki itu

Tuhan,
Kurniakan kesabaran padaku
Berikanlah aku semangat untuk terus menjaga lelaki itu
Di saat susah senangnya
Di saat dia mahukan cinta suci seorang wanita
Di saat hatinya tidak keruan dan mahukan pelukan manja,
Di saat dia kebuntuan dan hilang arah,
Di saat dia perlukan teman,
Di saat dia hilang bicara,
Di saat dia perlukan ketenangan,
Aku mahu terus di sisinya
Aku mahu terus berada untuknya
Aku mahu selalu dekat di hatinya
Kerana aku sayang dia
Kerana aku cinta padanya
Kerana aku sentiasa mahu dia bahagia
Kerana aku tidak pernah mahu senyumnya hilang dari wajahnya
Kerana aku..tetap sayang dia untuk selamanya

Walaupun kamu selalu sakiti aku,
Aku tetap mahu kamu
Kerana aku yakin dengan gerak hatiku
Gerak hatiku yang meminta agar jangan sekali-kali tinggalkan kamu
Gerak hatiku yang berkata kamu tidak dapat aku lepaskan
Malah menyuruh aku menjagamu
Apa betul keputusanku ini,
Aku tak mahu tahu
Apa yang aku tahu,
Biarlah aku tetap menjagamu
Apa-apa yang jadi selepas itu,hanya ALLAH yang Maha Tahu
Benar,hanya Allah pelindungku
Dia temukan kau dan aku

Aku pohon hanya satu,
Jangan kau pergi jauh dariku
Kerana aku mahu jaga kamu
Kerana aku mahu peduli tentang kamu
Kerana itu hatiku mahu
Jangan tanya aku
Kerana aku memang tidak tahu
Apa yang aku tahu,
Aku hanya mahu kamu walau di dalam mimpi

p/s: buat lelaki yg pernah bertakhta di hati,diri ini tidak pernah membenci.sesungguhnya perkenalan dgn kalian memberi 1001 kenangan terindah.even hati ini terluka,tp sekudus doa ku panjatkan ke hadrat Ilahi agar diri kalian sentiasa di bawah lindungan rahmat Ilahi.Semoga kebahagiaan mengiringi hidup kalian di dunia dan di akhirat.aku bahagia melihat kebahagiaan kalian.tiada dendam di hati cuma sedikit perasaan terkilan.biarlah segalanya hanya tersimpan di memori kenangan.

Friday, June 24, 2011

Menilai Cinta Seorang Lelaki


Jika anda seorang wanita, jangan sesekali terperangkap dengan mainan cinta seorang lelaki buaya. Anda perlu pandai untuk menentukan sama ada lelaki itu layak atau tidak menjadi pasangan anda dengan melakukan beberapa penilaian terhadap dirinya.

Adakah dia merenung anda seolah – olah hanya anda seorang sahaja wanita di dunia ini?

Lihat mata pasangan anda. Adakah dia selalu merenung tepat ke arah mata anda? Adakah ketika dia merenung mata anda, anda rasa seperti tersipu – sipu malu? Anda cuba untuk melawan renungannya tetapi anda kalah pada akhirnya. Jika ini terjadi cuba anda senyum padanya dan lihat bagaimana reaksi dia. Jika dia sayangkan anda, di saat ini anda boleh rasa sendiri di dalam hati anda.

Adakah dia selalu ingin berdua – duaan dengan anda?

Lelaki yang suka anda secara ikhlas selalu ingin berdua – dua dengan anda. Dia tidak akan lakukan sesuatu yang seksual tetapi dia cuba tunjukkan pada anda bahawa dia sesuai untuk anda. Dia akan cuba kagumkan anda dengan bermacam-macam cara. Sebagai wanita, anda perlu fokus bahawa lelaki perlu mengorat perempuan.

Berapa kali dia cuba call handphone anda?

Adakah anda bosan dengan panggilan darinya? Memang dia suka akan ada dengan ikhlas, sebab itulah dia sentiasa call anda untuk melepaskan rindu di dadanya. Dia tidak memaksa anda untuk keluar dengannya tetapi dia memujuk anda untuk keluar dengannya.

Berapa kali anda selalu terserempak dengan anda?

Untuk pengetahuan anda, jika anda selalu terserempak dengan seorang lelaki, ia bukanlah hanya kebetulan. Lelaki tersebut berusaha untuk mendekati anda. Dia mahu anda perasan akan kehadiran dirinya dalam hidup anda.

Adakah dia cuba untuk membuatkan anda rasa istimewa?

Dia akan cuba sedaya upaya untuk memastikan anda rasa istimewa. Contohnya dia akan cantikkan penampilan dirinya supaya anda selesa dengannya. Dia juga akan memuji anda dengan bersungguh – sungguh sehingga anda rasa sangat terhibur dengan pujian – pujian yang di hamburkan oleh dia.

Adakah dia selalu ambil berat akan anda?

Jika dia selalu ambil berat akan anda, perasaan dia terhadap anda sudah melebihi tahap sementara. Perasaan dia terhadap anda sudah kekal dan dia akan sentiasa memberi anda kata semangat. Dia tidak serius terhadap anda jika dia hanya ambil berat kadang – kadang atau tidak pernah kisah akan perasaan anda.

Adakah dia nampak gembira dan sentiasa membalas senyuman anda?

Bila anda keluar dengannya, anda boleh nampak kegembiraan di sinar matanya. Dia sentiasa senyum akan anda seolah – olah anda adalah seseorang yang sangat bermakna padanya

Friday, June 17, 2011

-Kisah Hati-

Hatiku hatimu. Menjadi satu cinta. Ku rasa hadirmu menyempurnakan aku.Tapi cinta bukan milik kita.
Semua harus berakhir.
Cinta kau dan aku.Takkan mungkin bersatu.Untuk saat ini di dunia ini.Mungkin kita bersama.Nanti di atas sana.Biar ku setia menjaga cintamu.Selamanya.Tapi cinta bukan milik kita.Semua harus berakhir.Cinta kau dan aku.Takkan mungkin bersatu.Untuk saat ini di dunia ini.Mungkin kita bersama.
Cinta kau dan aku.Nanti di atas sana.Biar ku setia menjaga cintamu.Takkan mungkin bersatu.Untuk saat ini di dunia ini.Biar ku setia menjaga cintamu.Selamanya.