Tuesday, January 1, 2013

Pasrah Segalanya


"Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mahu mencuba. Jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup. Jangan sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya lagi jika kamumasih tidak dapat melupakannya....."

Walau apa pun rintangan yang berlaku antara aku dan dia...perjalanan hidup haru s dieteruskan.sekali lagi airmata ini tumpah hanya kerana dia.terlalu banyak aku korbankan hati dan perasaanku tetapi kenapa dia tidak mengerti.Aku menyayangi dia sepenuh hatiku tapi die tidak pernah mengerti isi hatiku..

Ya Allah..aku redha dgn ketentuanMu...sejauh mana aku berharap pada dia andai tiada izin dariMu untuk aku bersamanya..aku REDHA walaupun aku terluka tetapi aku tahu Engkau ada perancangan yang terhebat untuk hidupku.Andai ditakdirkan dia milikku...aku tahu Engkau sedang mengujiku...aku REDHA...

"Ya Allah jangan biarkan aku di dalam murkamu,pimpinlah aku dan tunjukkan apa yang terbaik...aku menyintai seorang sahabat keranaMU,jika Engkau hilang darinya maka hilang juga cintaku padanya...tetapi andai dia bukan untukku...berilah aku kekuatan untuk menempuhinya Ya Allah...."









"...Kemudian Dia menyempurnakan kejadiannya (manusia), dan meniupkan ke dalam roh (ciptaan)-Nya dan Dia mengurniakan kepadamu pendengaran, penglihatan dan (perasaan) hati, (tetapi) hanya sedikat daripada kamu yang bersyukur..."

- Surah As-Sajdah 32 : 9




"...Allah menganugerahkan hikmah kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya. Dan barangsiapa yang dianugerahi al-hikmah itu, ia benar-benar telah dianugerahi dengan kurnia yang banyak. Dan hanya orang-orang yang barakallah yang dapat mengambil pengajaran..."
- Surah Al-Baqarah 2 : 269 -

Monday, December 31, 2012

Redha

"Hidup jangan terlalu sayang dan jangan terlalu benci akan seseorang…Bukanlah bagaimana kita melupakan, tetapi bagaimana kita memaafkan..Bukanlah bagaimana kita mendengarkan, tetapi bagaimana kita megertikan..Bukanlah bagaimana kita melepaskan, tetapi bagaimana kita dapat bertahan. Bukanlah apa yang kita lihat, tetapi apa yang kita rasa"

 


Usah di salahkan takdir yang melanda
Renung kembali sejarah silam
Dengan membiarkan ku sendiri
Ku terumbang ambing mengenal diri

Mujurlah Allah itu mengasihi
Aku diberi arah petunjuk 
Berlindung dengan Allah
Menerus kehidupan
Ku mengenal makna
Dosa dan pahala

Dengan kehendakNya
Kau datang semula menghampiriku 
Dan aku terpaku
Hingga ku hilang tiap bicara

Bukan ku menjauhi
Tetapi amat sukar sekali
Bila kenang kembali
Aku disisih dan dibuang ke tepi
Malah aku tidak dipeduli

Allah Maha Mengetahui
Yang ada dihati
Biar Dia menentukannya

Usah disalahkan takdir yang melanda
Renung kembali sejarah silam
Ku redha dan sedia. terima
Yang tertulis dalam kehendakNya














Saturday, December 29, 2012

Seandainya mereka tahu....



Wahai Lelaki Mengertilah Hati Wanita

Andainya lelaki tahu, dalam hati seorang perempuan,
ada naluri untuk di sayangi,
ada rasa untuk di beri perhatian,
ada rasa untuk di dengari keluh kesahnya,
ada waktu2 minta di temani kesedihannya,

Andainya lelaki tahu rajuk seorang perempuan minta di pujuk,
Marah seorang perempuan perlu di dekati,
Sedih seorang perempuan perlu di dengari,
Gembira seorang perempuan ingin di kongsi.

Andai lelaki tahu di sebalik seribu satu rasa itu,
ada sekeping hati nan lembut,
Bukan untuk di manjai,
Bukan jua untuk di tatang bagai minyak yang penuh,
Hanya perlu sedikit perhatian,
Agar rasa kasih itu wujud walau di saat jauh.

Kerana andai lelaki tahu hati ini akan sentiasa bertanya,
Pada diri seorang perempuan,
Wujudkah cinta itu di hati lelaki,
Bila saat jauh tanpa perkhabaran.

Sayangilah seseorang itu atas dasar siapa dirinya sekarang,
Bukan atas dasar siapa dirinya sebelum ini,
Cintailah seseorang itu kerana hatinya,
Bukan paras rupa semata-mata.